Friday, March 30, 2007

antara ninja dan samurai.

Menjadi samurai bukannya mudah. Benar samurai itu keturunan dan ia diwarisi. Tapi mereka terikat dengan peraturan yang digelar Bushido. Peraturan yang menjaga martabat samurai. martabat yang di julang sehingga mereka sanggup melakukan hara kiri (baca : upacara bunuh diri). ITu yang sudah termaktub dalam bushido.

Atas sebab itu para daimyo ketika zaman sengoku di Jepun tidak mengunakan samurai bagi misi-misi kotor mereka. Kerana samurai tidak akan membuat perkara yang melanggar hukum bushido.Alternatifnya, ninja di latih dan ditugaskan untuk misi-misi yang disekat oleh hukum Bushido. Seperti membunuh musuh yang tidak bersenjata. Skil para ninja juga dipertingkatkan malah kegiatan ninja ini cukup digeruni termasuklah para samurai.

Itu dulu, sekarang ketika semuanya hampir menjadi sejarah, perkara yang ama terjadi. Pihak polis dan tentera tidak boleh melakukan sesuatu dengan sewenang-wenangnya. Kerana merea terikat dengan peraturan. Mungkin atas sebab itu ditubuhkan Unit Khas yang oleh melakukan semua perkara yang dilarang. Dengan bertopeng seperti ninja.

Mereka punyai reputasi seperti ninja kerana kita tahu ia wujud tapi sukar untuk dibuktikan. Namun, malangnya ada dikalangan anggota polis dan tentera tidak pula memiliki reputasi samurai yang patuh dengan bushido, malah cuba pula menjadi ninja. Jadi berhati-hati bila ketemu samurai yang tidak terikat lagi dengan bushido. hehhe

2 comments:

mba2u said...

Wah dingin sekali artikel ini.... samurai terkenal dengan pedangnya, hingga bila tengok pedang Jepun orang kata 'pedang samurai' dan ninja? barangkali dengan topengnya. Hmmmm polis dengan apanya dan GK dengan ???? dingin sekali!

MDM FARAH FAIZURA said...

saudara mba

ialah

Naib Presiden myJICA (The Japan International Cooperation Agency [JICA] Alumni Society of Malaysia).

dengan reputasi itu,

komen dia di bawah entri ini harus diperhatikan satu2 ayat dan perkataannya.