Wednesday, July 31, 2013

Menerima.

Menerima perkara yang baik-baik itu nikmat. Menerima gaji, menerima cinta, menerima hadiah, menerima cahaya mata.

Saya, kamu, kita semua bersyukur dan bergembira, menerima perkara yang baik-baik. Walaupun, perkara yang saya sering kesalkan berkenaan menerima perkara yang baik adalah, saya sering terlupa bagi bersyukur, namun tidak pernah lupa bagi berdoa untuk meminta lagi.

Lupa bersyukur itu, membuatkan nikmat menerima perkara yang baik-baik itu, terhenti hanya pada tahap itu. Sedangkan itu bukan nikmat yang paling nikmat yang dapat diperoleh. Ada lagi nikmat yang lebih besar, dan memberi ketenangan jiwa yang lebih halus.

Antaranya, nikmat memberi perkara yang baik-baik. Memberi senyum, memberi sedekah, memberi cinta, memberi hadiah, dan segala macam yang baik-baik.

Itulah nikmat yang lebih atas, daripada nikmat menerima, nikmat memberi.

3 comments:

Cik Matahariku said...

catatan sdr seperti berlagu di hati dan minda saya.terasa sangat dalam dan seperti ilmu yang baru dipelajari. ya, nikmat paling tinggi selepas nikmat menerima ialah nikmat memberi..baru saya tahu...dan..baru saya rasai..terima kasih.

Cik Matahariku said...

salam sdr. saya dah pening nak cari emmel sdr di blog. tapi tiada. saya pinjam ruang komen ini untuk beritahu saya kongsi entri sdra di blog ini di blog saya. Jemput singgah ke http://cikmatahariku.blogspot.com untuk membacanya..terima kasih.

Anonymous said...

Terima kasih banyak Cik. Sangat menghargainya. :)

dingin.