Sunday, July 21, 2013

Terikat.

Saya sentiasa memikirkan, cinta itu akan mengikat manusia menjadi manusia lain. Manusia yang dahulunya kasar, diikat kemas dengan peraturan cinta supaya ia menjadi manusia yang sopan. Walaupun ramai juga menjadi sebaliknya, tetapi setidak-tidaknya itulah idea berkenaan terikat yang bermain-main dalam fikiran.

Terikat itu sakit, pada ketika pada sekecil-kecil perkara pun kita perlu menurut, sehingga diri kita adalah bukan lagi manusia unik yang dijadikan Tuhan, tetapi sebaliknya menjadi manusia yang perlu mengikut acuan cinta, yang entah betul entah tidak.

Itu sakit, tetapi rupa-rupanya terikat itu bukan sahaja pada kata cinta. Ia juga ada juga dalam penulisan. Lalu pada kata 'terikat' itulah saya berada.

Menulis sekiranya tidak mahu terikat, adalah digalakkan untuk terbit sendiri. Sekiranya masih memilih rumah penerbitan, akan ada banyak ikatan, kerana setiap rumah penerbitan adan 'gaya penerbitan', mereka yang tersendiri. Yang menjadi tanda niaga kepada mereka.

Lalu saya akui, terikat pada cinta itu jauh lebih sakit, berbanding terikat pada rumah penerbitan, tetapi tetap sahaja, ia memberi rasa tidak puas. Bahasa yang kita mahu angkat terpaksa diredam, gaya yang mahu kita pamerkan terpaksa disembunyi, dan tema yang mahu kita julang, terpaksa direndahkan. Tidak puas menjadi diri sendiri, lalu di blog ini, saya bebas mahu menjadi apa adanya saya.

Sekian. :)

4 comments:

Tetamu Istimewa said...

Assalamualaikum: Jemputlah ke blog saya dan baca entri tentang Keindahan itu Dingin. Terima kasih.

http://mieadham86.blogspot.com/2013/07/edisi-1-1.html

malia lya said...

Nice one. Terikat terkadang membuat kan kita sesat dengan diri sendiri. Muslihat. Saya suka karya anda. :>

Cik Matahariku said...

As salam. Pertama kali dtg sini dr blog Tetamu Istimewa, saya ada komen novel anda disitu, maaf.;)- salam kenal dr saya.

Indah catatan "terikat" ini. Terikat bagi seorang hamba kepada TuhanNya, akan membawa dia dekat kepadaNya...

dingin said...

Alhamdulillah. Terima kasih sudi singgah di sini. :)