Tuesday, April 14, 2009

mereka juga pernah

Lelaki Tua: Kisah 1
Lelaki Tua: Kisah 2
Lelaki Tua: Kisah 3
Lelaki Tua: Kisah 4
Lelaki Tua: Kisah 5
Lelaki Tua: Kisah 6
Lelaki Tua: Kisah 7

Lamanya tidak bercerita dengan dia. Berjumpa pun tidak, entah di mana dia. Mungkin sekarang sedang bersenang-senang dengan cucunya. Entah. Yang utama, hidup ini rasanya kurang satu warna. Cuma saya tidak pasti warna apa, putih ataupun hitam. Kabur. Lalu saya di sini sendiri duduk di hadapan komputer, diam.

“Kamu cari saya?”

Saya mengerut dahi. Perlahan menoleh ke kiri. Seorang tua berbaju merah memandang saya tersenyum. Gayanya kemas, dengan rambut yang berminyak. Senyumnya kali ini lebih cemerlang. Kerut dahi saya semakin banyak. Aik! Baru sahaja saya menuliskan tentang dia, dia sudah muncul di sebelah saya.

“Kamu tahu, apa yang kamu pandang ini, pernah dulu, juga muda. Apa sahaja perkara lama yang kamu pandang sekarang, dahulu pernah baharu,” kata lelaki tua berbaju merah itu. Tangan dilingkarkan ke kerusi.

Saya menetap bibir. Jemari saya di keyboard kaku. Diam.

“Saya juga dulu seperti kamu. Memandang tanpa rasa. Memandang tanpa mahu mengambil hikmah. Cuma pada waktu ini, saat usia saya sudah merangkak senja, baharu saya sedar, suatu perkara....” Lelaki tua itu diam sebentar. Senyumnya sirna, bertukar tegang.

Saya? Lagi-lagi tegang. Mengapa dengan dia?

“Pada usia saya ini, saya baru tersedar yang manusia yang sudah menjadi mayat, pernah dahulu, juga berbaju merah, juga duduk menaip di depan komputer, juga pernah segala-gala yang kita perbuat. Tapi sekarang....”

Saya terus menahan nafas.

4 comments:

redhaku said...

huhuhu

saya selalu rindu lelaki tua itu

Water Lily said...

Menjadi mayat?

Saya suka lelaki tua itu. Dia bijak berfalsafah(dan saya juga kepingin bertemu dengan lelaki yang selalu menulis tentang dia) haha! :)

dingin said...

Redhaku, Water Lily,

datanglah ke perta buku. Boleh jumpa2. ;)

aiza said...

saya sudah pergi ke pesta buku..
tidak dapat jumpa dengan lelaki tua, tp lelaki muda yg memakai baju kemeja kotak2, melontar suara melalui mic .

apa yang saya fikir kan, tak sama sekali penulisan dan gaya dia sebetolnya di luar.. ;pp

tak sangka itu adalah penulis cerita tentang lelaki tua ini. hehe

saya sudah ketemu kamu!! terima kasih kerana menurun tandatangan kamu pada buku saya.. ;))