Aku sering berfikiran bahawa hidup aku di dunia ini untuk memberi kecerian kepada mereka yang mendampingi aku. Juga untuk membuat mereka senang lagi gembira. Ngak usah khuatir tentang kesusahan hidup. Sehingga aku di sedarkan bahawa tujuan aku sebenarnya hidup, untuk mendapat redha dari Allah.
Sejak dari itu, segala yang aku perbuat sebolehnya hanya untuk Dia, kerna dengan mendahulukanNya pasti aku bisa mencapai maksud untuk menceriakan juga mengembirakan ramai. Namun , bercakap2 mengenaianya di kerusi memang terlalu mudah, daripada kita sendiri yang berada di luar untuk melaksanakannya.
Aku tidak pernah merasa aku gagal, tapi aku tidak pula pernah merasa aku berjaya. Lantas dimana duduk aku sebenarnya. Mungkin aku perlu tahu bahawa di mana aku harus bermula.
Mungkin dalam hati itu...bererti niat. Kemudian melalaui perkataan dan akhirnya perbuatan.
Segala sukar sejak dari mula, kerna hati aku cenderung untuk melihat kepada kegelapan, lidah aku senang untuk bicara perkara yang kosong. Juga perbuatan aku cenderung untuk melukakan .
Jadi, dimana tujuan aku hidup tadi, untuk menceriakan orang di sekliling aku dan yang paling utama untuk mendapat redha daripadaNya.
seketika itu aku termenung, seperti hari sebelumnya, termenung. Kadang aku melihat keluar tingkap untuk melihat gagak hitam yang riang , sekejap aku tunduk merenung lantai putih kusam pudar.
Itu bukan diri aku sebenarnya, mungkin kerna aku terpengaruh dengan sesuatu. Juga aku tergoda dengan juga sesuatu. membuat aku lari dari fitrah. Fitrah untuk membuat kebaikan. Tapi apa itu sesuatu.
ahh...aku ngak mampu mencari sesuatu itu...mudahnya bisa saja aku bilang, ia umpama batu dalam sepatu...itulah sesuatu itu..hmm...rupanya sesuatu itu adalah titik kegelapan...
kerna aku merasakan perkara gelap yang memesongkan aku berada di hati. amat jengkel tapi aku masih bisa menanggungnya juga membawanya kedalam hidup aku. Seperti juga batu dalam sepatu, pasti ngak enak untuk berjalan2 dengan sepatu itu, tapi itu bukan sesuatu yang bisa menghalang kita dari terus berjalan. Pasti kita mahu membuang batu itu, tapi kerana keadaan yang kurang harmoni membuatkan kita tidak jadi berbuat demikian. Pasti akan tiba kita satu di kawasan sunyi juga sepi. Kita berhenti rehat sekejap, membuka tali kasut lantas membuang batu tersebut.
Mungkin aku harus begitu, mencari satu perhentian untuk aku berehat juga bertenang. Untuk membuang perkara gelap yang berada di hati aku. tapi, dimana aku harus menemukan sesuana tenang lagi sepi itu. Kerna hari2 aku di penuhi ghairah yang gelap juga terlalu mahu kedepan. Tanpa mahu untuk berhenti rehat lagi.
mudahnya, aku baru terfikir lagi bahawa aku belum menemuai hidayah..
aku terus termenung, untuk memikirkan apa lagi yang aku bisa perbuat. Hati aku semakin gelap. harus aku buang gelap itu,disini? atau di sana. bisa dimana2 sebenarnya, kerna aku sentiasa yakin, biar aku tidak menemukan keadaan yang cocok untuk aku berhenti untuk membersihkan hati , tapi pasti aku akan terjumpa dengan hidayah juga, jika aku terus berusaha. Kerna Allah akan memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Jadi perlu aku terus berusaha mendekatkan diri kepada maha pencipta. dengan harapan Dia memberikan aku hidayah yang pasti dengan itu, gelap di hati aku akan terbuang, umpama terbuangnya batu di sepatu.
Harus aku semakin tenang dengan kehidupan kerana tiada lagi rasa ngilu juga bebanan yang mencucuk di hati.
namun sehingga ketemu hidayah , sehingga itu aku akan terus begini...terus bergelap. Jangan fikir aku redha dengan keadaan aku. tapi seperti yang aku bilang, Allah memberikan hidayah kepada sesiapa yang di kehendakiNya. Harus aku berusaha untuk menjadi orang yang di kehendakiNya tersebut. dan itulah yang aku perbuat sekarang, seiring dengan gelap yang aku cipta
No comments:
Post a Comment