Seorang ahli sosoliogi yang terkenal pernah mengatakan
"Tuhan telah meninggalkan permasalahan yang paling mudah kepada ahli fizik"
Yang pastinya ia bermaksud bahawa ilmu kajian manusia adalah perkara yang paling sukar. Ini kerana manusia itu sendiri umpama awan yang tidak bisa dimengertikan dan tidak bisa dijangka bentuknya.
Setiap manusia pasti punyai identitas tersendiri, pasti juga tidak akan sama dengan yang lain. Jadi bagaimana kita boleh meramal kelakuan mereka, boleh menilai mereka dengan tepat. Lantas jika ditenung, mengkaji mengenai kuantum ,mengenai fizik ternyata lebih mudah. Kerna ia objektif.
Syukur kepada sang Pencipta kerna tetap memberi petunjuk kepada gelagat manusia dengan memberikan mereka fitrah.
Jadi perlu difahami disini manusia tetap boleh diramal berdasarkan beberapa fitrah asasnya. Manusia akan lapar, letih juga mengantuk. Rasa cinta juga rasa benci.
Jadi berdasarkan itu kita boleh meramal apa gelagat seterusnya. Mungkin bila lapar. manusia akan makan. Bila letih akan tidur. Tapi bagaimana mereka mencapai niat tersebut juga boleh di jangka. Jika manusia lapar dan ada uang. Dia akan membeli makanan. Bezanya mahal atau murah. Tapi kalau tiada uang, manusia bisa mencuri atau meminta.
Itu secara ringkasnya aja. Bukan itu yang aku mahu berikan pendapat. Kerna aku bukannya ahli sosoliogi.
Jadi apa yang aku ingin tekankan disini ialah bagaimana kita menilai insan-insan disekiling kita. Rakan-rakan, keluarga juga meraka yg tidak kita kenali.
Penilaian kita biasanya bersandarkan pengalaman kita. Jika sebelum ini kita pernah ditipu oleh mereka yan punyai wajah begini dan begitu. Pasti sukar bagi kita untuk mempercayai mereka yang punyai wajah yang begitu dan juga begini.
walau, walau mereka tidak begitu. tapi itu realiti. kerna aku sendiri pun begitu.
Mujur sebagai Muslim, aku punyai garis untuk di jadikan panduan. Iaitu, sentiasa berprasangka baik dengan sesiapa saja. Memang ia sukar, tapi bukan tidak boleh.
Satu perkara yang menjadikan aku bingung. Dan aku banyak membuang masa dengan memikirkan perkara ini. Aku mahu semua orang disekililing aku memahami aku. Tapi itu hanyalah satu niat yang amat bodoh.
Aku telah diingatkan oleh seseorang mengenai niat aku itu.
"Kamu tidak boleh menyuruh semua orang menyukai kamu dan kamu ngak perlu risau bagaimana orang memahami diri kamu. Kerna ia di luar kawalan kamu. Yang penting buat apa yang dalam kawalan kamu. Kamu pula yang cuba memahami orang di sekitar mu"
Peringatan itu masih lagi segar, seolahnya rumput yg baru dibasahi embun.
Lantas, aku sentiasa berusaha untuk memahami orang disekitar aku tanpa berasa khuatir tentang bagaimana mereka memahami aku.
Bila kita sudah memahami org disekitar kia, kita akan lebih mudah untuk komunikasi dan lebih tenang untuk menghadapi kehidupan kita. Kita akan lebih berjaga2 dengan kelakuan kita kerna kita tidak akan berbuat sesuatu yang kita faham akan melukakan hati mereka. Tapi jika mereka melukakan hati aku, aku berusaha untuk faham yang dia tidak memahami aku dan aku tidak perlu untuk itu..heh.
bunyinya seperti aku cukup berpengalaman dan sudah mempraktikan apa yang aku tulis. hakikatnya, aku masih lagi mencuba dan aku masih jauh dari kebenaran tersebut. Tapi tidak salah kalau kita berusaha dan mencuba.Kerna aku masih lagi senang untuk berada dalam kegelapn yang dingin ini...hehehhe
No comments:
Post a Comment