Friday, June 15, 2012

memberi bunga untuk ibu

Mahu memberi bunga untuk ibu,
sebelum kelopaknya layu,
kering dah jatuh satu-satu,
cepat-cepat berlari,
mencari ibu di rumah pusaka,
yang ketemu hanya pilu,
memberi sayu, 
memberi ingat,
manusia sering terlewat,
mempamer kasih,
lewat bunga dan acara yang tiada erti,
yang menjadi debu pada kata,
ibu sudah mati

No comments: