Saturday, January 02, 2010

Dunia penulisan : Sindrom Jackie Chan

Saya tidak pasti kata rasmi untuk hal ini, namun untuk saya bagi memudahkan pemahamam, saya katakan ia 'Sindrom Jackie Chan'. Saya sudah terkena sindrom ini dan ia bukan sesuatu yang bagus untuk saya.

Seperti yang semua sudah tahu, Jackie Chan adalah pelakon yang cukup handal dalam aksi mempertahankan diri dalam gayanya yang tersendiri. Lalu dalam filem manapun kita akan terbiasa dengan aksi 'tangga', 'kerusi' 'hidung merah', dan lucunya Jackie Chan, dan kita mengenali itu sebagai 'Jackie Chan'. Berikan dia filem apa pun, imej 'Jackie Chan' tetap akan wujud. Ceritanya berbeza tetapi wataknya tetap 'Jackie Chan', klise.

Berkaitan dalam masalah penulisan, saya menghadapi masalah yang serupa. Saya menulis novel itu ini dengan jalan cerita yang sangat berbeza namun, tetap sahaja watak saya klise. Sama seperti 'Jackie Chan'.

Namun persamaan saya dengan Jackie Chan berakhir di situ. Mungkin kerana faktor 'Jackie Chan' membuatkan semua filemnya mendapat sambutan, namun berbeza untuk penulisan. Faktor 'Jackie Chan' dalam penulisan membuatkan sesuatu itu menjadi membosankan dan tidak menarik.

Kurang pasti sebabnya, dan kurang pasti penyelesaiannya. Jadi untuk 2010 ini saya mahu mengubati sindrom ini. Saya perlu lebih banyak belajar lagi dan perlu lebih banyak membaca. Moga-moga saya mampu menjadi 'Jet Li' pula. Doakan. :)


5 comments:

Anonymous said...

Moga2 kamu bisa menjadi Jet Li. Kerana saya bukan peminat Jackie Chan.

:)

Selamat tahun baharu Cik Din.

WL

Che' Rose said...

Encik Bahar...
Kenapa tak mahu jadi seperti Tony Jaa kerana dia lebih hebat mantap gerakannya... hehehe...

Apapun istilahnya untuk penulisan, semoga 2010 lebih gemilang untuk Encik Bahar...

ML; Mohd Loqman said...

Dato' Michelle Yeoh la.
Hahahahaha.

Anonymous said...

Sebagai salah seorang editor PTS,Abang Baha semestinya banyak membaca. Insya-Allah dapat baca banyak karya daripada penulis dalam negara dan luar negara. Tak mustahil lambat laun abang akan dapat mencorak kelainan dalam penulisan abang pada masa akan datang. Namun tetap dalam kisah-kisah kehidupan yang menarik dan menginspirasi.

Cik Laksa said...

A'salam Encik..
Saya org biasa yg gemar mmbaca buku2 encik, sprti encik, saya bukn saja mmbaca tp juga mmerhati dn mngkaji..dn saya pling suka buku Lelaki Berkasut Merah. tentang sindrom jackie chan encik, saya memang bnyk kali trkesan apabila encik slalu mengaitkn crita encik dngn negeri Sarawak. kekadang ia sprti buku encik cuma hidp d bumi Kuching itu..tringn mmbaca buku encik dr sudut negeri yg lain..dn ya,saya tringn juga nk mmbaca buku encik yg lbih realistik. yg mnusia psti bolh lalui,yg xmustahil utk org lain juga mncari penyelesainya sama sprtinya..