Wednesday, November 25, 2009

Di Mana Terangnya Bulan



Tentang Di Mana Terangnya Bulan.
Pada waktu saya menuliskan kisah ini, saya tersenyum sambil bersenandung kecil. Cuba saya menyisakan garis humor pada baris kata-katanya, cuba juga saya membenamkan emosi pada perenggannya, kerana saya mahu ia menjadi rangkaian cerita yang menerbitkan senyuman. Namun, biarlah novel ini yang bercerita untuk dirinya. Suka-sukalah untuk sesiapapun berkata apa, kerana ia didedikasikan untuk anda sebagai pembaca. :)

Sinopsis
Dalil Tuhan untuk manusia, hidup ini adalah kepingan yang perlu dicantumkan. Mengambil hikmah daripada dalil itu, Kamarul menjejakkan kakinya ke Sarawak bagi melanjutkan pelajaran, kepingan hidup yang sering diangan-angan.

Tanpa Kamarul tahu, di situ dia menemukan lebih banyak kepingan hidupnya. Bermula dengan teman serumah yang diam dan hanya berpakaian hitam. Kemudiannya diari biru milik perempuan Cina yang berwajah ayu. Sehingga kepada lelaki berambut panjang yang menyimpan dendam.

Kamarul yang berwajah polos dan tidak tahu menahu, mendapati kepingan-kepingan hidupnya itu perlu dicantumkan, hanya untuk menjawab satu persoalan, di mana terangnya bulan....

Terbit.
Insya-Allah pertengahan Disember.

10 comments:

Wan Amalyn said...

Che Din...
Tahniah!!!
Insyallah buku ini juga bakal menjadi koleksi & peneman kakwan nanti sebagaimana karya-karya Che Din yang lain2nya...

Tahniah sekali lagi...

p/s: adakah keterlaluan jika kakwan inginkan buku yang bertandatangan penulisnya??... hehehe

dingin said...

Kak Wan,

Terima kasih atas jasa-jasa Kak Wan kepada saya.

Jangankan tandatangan, tandakaki pun saya sanggup beri. :)

tinta kasturi said...

berhajat untuk jadikan buku pertama karya saudara yang bakal saya miliki

insyaAllah.

(dah terbit nanti promosikan lagi)

ML; Mohd Loqman said...

khabarkan ye bila sudah dipromosikan.
tak sabar juga saya hendak jadi antara kalangan yang akan memiliki novel ni.
Lama dah tak baca novel.

Artozy said...

Salam Tuan Dingin,

Kagum sungguh saya dengan Tuan yang aktif berkarya!

alifstyle said...

Kamik respek sama lu!

WL said...

Salam.

Tak sabar nak tunggu kehadirannya.

Salam Aidil Adha Cik Din :)

dingin said...

Terima kasih semua. :)

KiR zawawi said...

sy sdg mmbaca novel ini..mmg bez..humor tu la yg bez skali..congrates Bahruddin Bekri .. u're the best !

Pesona Algebra said...

kalau boleh saya pun nak juga tanda kaki , hahahaa