Apa lagi mampu saya lukis,
tersenyum pun dia tidak mampu.
hanya bayang-bayang hitam,
dengan derap dan gema peluru,
melatari pelupuk mata.
Apa lagi mampu saya khabarkan,
berkata cinta pun dia tidak sudi,
hanya merah darah,
dengan gelap langit,
menyendalkan ke dalam jiwa.
Apa lagi mampu saya megahkan,
menggempur pun tidak berdaya,
hanya marah hati,
dengan segunung doa,
berterbangan ke langit Palestin.
2 comments:
assalamualaikum saudara
saya sudah baca kedua2 buku saudara iaitu DISK n DUA.tahniah untuk saudara kerana memberikan kelainan dlam dunia penulisan tanah air kita..saya sangat menyukai DUA krna cerita ni ada motif yg sangat jelas dan bleh dipraktikkan dalam kehiduapan seharian
dlam DISK,sya sukan kn falsah yg saudara kemukan iaitu mengenai cinta dan bus.jadi,sya juge ingin b'kongsi falsafah sya bersama saudara.harap saudara sudi membacanya
http://majidnsem.blog.friendster.com/2007/05/my-philosophy-of-love/
perl, tq ;-)
|dingin|
Post a Comment