Friday, November 28, 2008

kembang bunga pun tak seindah ini

Mungkin pernah, mungkin juga tidak, tetapi saya yakin kebanyakan daripada kita pernah bertanya ataupun ditanyakan soalan begini oleh sang kekasih.

“Berapa besar cintamu kepada ku?”
“Berapa luas cintamu kepada ku?”
“Berapa tinggi cintamu kepada ku?
“Berapa harum cintamu kepada ku?”

Lalu, mungkin pernah, mungkin juga tidak, tetapi saya yakin kebanyakan daripada kita pernah diberi jawab ataupun menjawab begini kepada sang kekasih.

“Sebesar gunung.”
“Seluas lautan.”
“Setinggi bintang.”
“Seharum kasturi.”

Hakikatnya, mungkin kita pernah, mungkin juga tidak, tetapi saya yakin kebanyakan kita pernah membaca ataupun diberitahu berkenaan kata-kata Sayidina Ali ini.

“Cintai kekasih mu sewajarnya, tidak berlebihan, mungkin sahaja nanti dia akan menjadi musuh mu. Benci musuhmu sewajarnya, kerana mungkin sahaja nanti dia akan menjadi kekasih mu.”

Lalu, usah dipanjangkan kata bagi menjawab soal cinta. Jawab sahaja,

“Saya mencintaimu, sewajarnya, sesederhananya dan seadanya kamu.”

Cinta memang sepatutnya begitu, kerana cinta itu indah, kembang bunga pun tidak seindah ini.

:-)

5 comments:

Anonymous said...

=)

Amin Ahmad said...

suka sekali aku baca ini saat hati remuk :)

Anonymous said...

aduh... indahnya N3 kali ni. terkasima kak ila, dalam senyum kak ila berfikir sendiri ; bagaimana orangnya adik dingin ini? pintar benar merumus tentang cinta dan sayang. pakar motivasi cinta barang kali.
rahniah, berjaya membuat kak ila berfikir tentangnya.

Miss Neddy said...

erm cinta itu indah...lebih indah dari cahaya bulan...tp lebih indah cinta kepada penciptaNya..

MDM FARAH FAIZURA said...

redhaku ku- =)

Amin- Eceh, macam biasa jek ..ekeke

Kak ila- saya lak terkesiap kak ila datang sini. wah... bestnya penulis tersohor singgah sini.

neddy- wow... blog kamu indah =)