Sunday, November 23, 2008

sering-sering untuk cinta

Lamanya tidak berbicara berkenaan cinta. Apatah lagi sejak menjadi ayah Elisha, kerana cerita cinta itu lebih manis dilidah untuk didengar berbanding ditulis-tulis untuk dibaca.

Saya hanya mahu menulis, tentang cinta yang gagal. Lalu apabila ia gagal, hanya perlu dua soalan sahaja bagi meredakan hati. Iaitu, 'apakah betul apa yang saya lakukan tadi?' dan 'Selepas ini, bagaimana saya mahu mengekal (ataupun mendapatkan) cinta dengan cara yang berbeza?'

Hanya dua soalan itu. Jangan sesekali bertanya, 'apa perkara jelek yang ada pada diri sehingga cinta ditolak?' Jangan tanya 'apa silap saya?' Yang penting, jangan sesekali melihat pada aspek negatif, kerana tanpa sedar, fikiran bawah sedar kita akan menyimpan aspek-aspek negatif itu lalu apabila sekali lagi mahu memberi cinta, perkara itu berulang dan terus berulang.

Walaupun dua soalan itu sama sahaja dengan soalan 'apa yang silap pada diri saya?', 'apa yang jelek tentang sikap saya?' tetapi cara ia ditanyakan itu bernada positif. Yang penting, fokus pada pembaikan. Fokus pada hal yang positif. Seandainya kita sering-sering menyenaraikan jawapan yang positif, minda bawah sedar kita akan diprogram untuk memberi yang positif. Kita pula akan mudah memberikan tindak balas positif pada cinta yang dimahu. Seterusnya bisa mengekalkan cinta untuk sampai ke syurga.

Cuba dulu bertanya pada diri. Tetapi jangan hanya sekali, sering-sering, untuk cinta.
:-)

3 comments:

Mohamad Farez Abdul Karim said...

dingin yang sentiasa dengan cintanya...


:)

Amin Ahmad said...

haha, Din...betul kata kau!

persoalan negatif dan positif ni macam gelas separa penuh atau separa kosong...kau tentukan dan kau pilih.

cinta itu memang boleh 'membunuh' dan 'memberi nyawa'..

MDM FARAH FAIZURA said...

anak, bumi, sy mmenag jiwang...ekeke

Amin,
woh, :-)