Monday, November 03, 2008

gadis dan coklat

Dia hanya memerhati coklat di atas meja. Diambil, dibelek-belek lalu kemudian diletak lagi. Entah apa yang membuncah di hatinya sehingga apa sahaja yang berlaku di sekeliling tidak mampu membuyarkan menungannya.

“Kamu kenapa?” tegur seorang temannya yang meriak wajahnya dengan seribu persoalan.

“Coklat ini diberi oleh seorang gadis dan katanya, hatinya umpama coklat,” jawab dia jelas. Dan untuk pertama kalinya dia mempedulikan sekitarnya.

Mungkin untuk pertama kalinya juga, dia dapat menikmati dinginnya bayu petang, juga indahnya sahut-sahutan sang burung. Dia tersenyum.

“Maksudnya?” soal teman dia lagi. Kini giliran dia pula yang memerhati coklat di atas meja.

“Perkara itu yang gadis itu enggan beritahu saya,” jawab dia dan seketika persoalan itu menghapus semburat senyum daripada bibirnya.

“Lalu dengan memerhatikan coklat itu, kamu sudah peroleh jawapannya?”

Dia menggeleng. Tangannya pantas mengambil lagi coklat di atas meja dan sekali lagi membelek-belek perlahan.

“Tetapi semalam saya mengerti sesuatu tentang coklat,” kata dia perlahan.

Temannya hanya mengangkat kening.

“Semalam, sewaktu saya menerima bungkusan coklat ini, coklatnya masih utuh dan manis. Selepas merasanya sedikit, saya meletak kembali di atas meja. Petangnya, saya mahu merasanya lagi. Coklatnya sudah mulai lembut dan mencair ditangan, sehingga-hingganya wajah saya comot. Tetapi coklatnya tetap manis. Lalu saya menyimpannya di peti ais, bagi mengembalikannya ke bentuk asal. Lalu malamnya, saya mahu merasa lagi dan coklatnya menjadi terlalu keras sehinggakan wajah saya berbilur mahu mengunyahnya. Namun rasanya sama, tetap manis,” terang dia dengan panjang lebar.

“Lalu apa yang kamu faham dengan coklat dan hati gadis itu?” tanya temannya sambil mengetuk meja dengan jarinya. Berirama.

Dia diam. Tidak ada jawapan, hanya diam. Lalu sekali lagi dia larut dalam menungannya. Mencari jawapan untuk gadis dan coklat.

6 comments:

silencez said...

cik din..
cepatlah perah idea.. apa kesimpulannya? tak dapat nak mikir ni kaitan hati gadis tu dgn coklat.

hati nya susah nak berubah walau mcmn keadaan sekalipun?

blur.. blur..

kena panggil cik stoking belang jawab kot ni.

NickyAzrai said...

En Din..
Coklat baik untuk kesihatan

Sil..
Hep utk hang yg semakin nakal

Sha said...

baca entry ni..
huhu..

buat sy wendukan cdbury..

btw nice blog

MDM FARAH FAIZURA said...

sil,
kesimpulannya, tg sampai sy pun tahu...ekeke

nick,
betul2 :-)

sha,
ye2, tq masuk :-)

ExtraTerrestrial said...

salam.

ni ali kan?

aku mahu menempel cerita ini di blog aku. bisakah? akan aku creditkan pada kau.

Anonymous said...

salam~ saya tidak paham lah.. apa kena mgena tentang coklat dan gadis lah... boleh kasi tahu jawapanya tak??

-syaza-