Tuesday, July 22, 2008

catatan cinta daripada Tuhan



Untuk manusia yang seperti saya, yang adakalanya berada dalam keadaan lupa pada namanya cubaan Tuhan lalu terlintas dalam hati menyoal mengapa, saya mahu berkongsi sesuatu. Ia saya peroleh daripada rakan saya yang pandai bercerita. Mungkin kerana minat membacanya terlalu tinggi sehingga apa yang dibacanya itu diterjemah dalam kuras-kuras bahasa yang indah dan menyenangkan.

Kata teman saya ini, hidup kita umpama sekeping kertas putih. Apa sahaja yang tertulis di atasnya adalah catatan daripada Tuhan, walau hanya setitik noktah hitam. Lalu dia dengan wajah yang tersenyum, berpesan kepada saya, supaya hati-hati semasa membaca catatan daripada Tuhan kerana, semua catatan itu adalah catatan cinta daripada-Nya.

Lalu, apa pun yang berlaku di atas kertas putih, biar betapa berkecamuknya contengan di atas kertas putih itu, biar betapa comotnya catatan itu, tetapi tetap baca ia sebagai catatan cinta. Baca ia dengan hati yang terbuka dan jangan menyalah tafsirkan maknanya sehingga catatan itu menjadi catatan benci, yang akhirnya kita tanpa sedar bersoal kepada Tuhan, mengapa?

Untuk teman saya yang suka membaca buku itu, teruskan membaca dan kongsikan lebih banyak dengan saya kerana ungkapan-ungkapan seperti ini, lebih mudah saya terima dan fahami. Bertambah mudah kerana catatan di atas kertas hidup saya tertulis perkataan ELISHA. Syukur alhamdulillah, begitu indah catatan cinta-Mu. Alhamdulillah.

12 comments:

Anonymous said...

chomelnya elisha

me,myself n all around da world said...

dah lama aku tak membaca catatan dari kau.beberapa tahun kebelakangan ini aku seakana2 terlupa yg blog ini wujud.

anak kau comel...aku suka nama elisha itu.

Anak Bumi said...

amboi,

dinginnya tgk anak Dingin...

:)

dingin said...

anon
-tq

me, myself
- tp ko dah dtg jgk akhirnya... tq

anakn bumi...haha

:-)

Laily Abdullah said...

she's super cutie!
mak aihhhh.sangat adorable.

ney said...

hye cahaya mata

me,myself n all around da world said...

aku agak kurang blogging sejak akhir2 ni.terasa jiwa amat kosong sgt sejak kebelakangan tahun ni-jiwa kacau mungkin,hehe....

tapi mana dialek indonesia kamu lagi??aku rindu sih...:)

Anonymous said...

Aku cemburu sih, barangkali semua teman ku sudah punya anak sekarang.

welma laa'anda said...

Subhanallah
Ayat-ayat yang sangat menarik dalam posting ini.

dingin said...

me- nak indonesia ke? alamak... sekarang kena Malaysia sikit ekeke

anon- kamu cemburu? Cemburu itu rasa, rasa yang nikmat

welma-tq sudi datang

:-)

nahaj said...

sungguh indah ciptaan Illahi..

dab00ninie said...

cute na anak tak bg b***n? ayat nya juga power. best. Layan.