Friday, April 04, 2008

Bahruddin Bekri (update)




KLIK pada gambar supaya enak mata memandang.

Sinopsis: Perhentian bas bukannya apa-apa. Tempat persinggahan sebelum masing-masing menuju ke lokasi berbeza. Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pakcik penggemar burung. Tanpa dirancang, terjadi cerita menarik antara mereka.


Itu nama saya. Teman sesama kuliah memanggil saya DIN. Dan 10 tahun yang lepas, saya terpengaruh dengan watak Penjejak Awan yang berdarah dingin dan kejam. Iaitu watak dalam komik Ma Wing Shing. Lalu saya gabungkan ia menjadi DINGIN. :-P

Itu aja.

Lupa. Di atas adalah karya saya. :-P Dan semuanya adalah dengan izin Allah. Ia setebal 436 muka surat. Ia bisa diperoleh di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. 4-13 April 2008. Dewan Tun Razak Dua. Booth PTS. Selamat berkunjung. Ada diskaun 15%.

Ataupun klik disini.

Ataupun tunggu sahaja dua tiga minggu lagi. Bagi ia sampai ke kedai-kedai MPH, Popular dan seumpamanya di tempat anda.

Hmm... Mat Jan beritahu, saya sudah tersilap fakta berkenaan satu hal di dalam novel ini. Fakta yang mudah. Dan ternyata ia memang silap saya. Buru-buru. Ampun. Adeh.

Akhir kata, doakan yang baik-baik aja. Terima kasih.

8 comments:

Sue said...

wah penulis buku rupanya. ha nati sy pegi pesta buku beli k.. :) nak cuba baca..

MDM FARAH FAIZURA said...

ye ye,

beli. jgn tak beli.

:-P

Ummu Lais said...

Salam...i bought Doa Untuk Aku few months ago...very entertaining..even my mum also enjoy reading it...congrates dude....

insan melankolik said...

Salam. Saya baru sahaja selesai menghabiskan novel karya tuan yang bertajuk,'Penulis yang Disayang Tuhan.'

karya tuan benar-benar menyentuh hati. Dan,ianya merupakan teguran buat saya. Alhamdulillah,penulisan tuan banyak memberi ilmu kepada saya.

Saya kagum dengan mesej yang disampaikan oleh tuan melalui karya tuan tersebut. Ini kerana,saya juga seorang yang juga mempunyai minat dalam bidang penulisan walaupun usia saya baru mencapai belasan tahun.

Saya harap,tuan terus menulis perkara-perkara yang baik.

Moga Allah melimpahkan rahmatNya kepada tuan.

funnyfreaks said...

cik baharuddin, can i ask sometthing, mcm mana nak beli buku dunia ini sederhana kecil secara online, dah puas cari dekat kedai tapi tak jumpa ARGHH stress gila arghh -,-'

hanisyaima said...

tumpang tanya, macam mana saya nak beli buku anda secara online dah puas cari buku dunia ini sederhana kecil, hari tu pergi pesta buku tak jumpa jugak adoihai .

§ ý ã § ý â g ã d í § § ä § t é r â ú n î k said...

assalamualaikum tuan , saya mahu bertemu dengan tuan . teringin sangat . saya memiliki semua koleksi buku cerita tuan termasuk lah diari mat despatch ( kesemuanya ) . saya ingin membuat temu bual dengan tuan .

Unknown said...

salam...
cerita adi gempa mmg t'gantung ker?? or tga wt dy punyer smbungan??