Monday, January 29, 2007

kisah seorang teman

Aku punyai seorang teman yang aku kira manusia yang jauh berbeda dari aku. Dia sering menawar pertolongan. Sebaliknya, aku pula tidak. Dia tidak tahu untuk ambil kesempatan. Juga, apa aja perbuatan kebaikkan itu dibiarkan aja hilang tanpa dia menyimpannya untuk kembali diceritakan kepada aku.

Aku merasa sedikit hairan bagaimana hidup dia terbentuk tanpa sikap pentingkan diri. Malah komputer yang aku guna menaip ini juga kepunyaan dia. hehehe.

Dia punyai adik beradik yang ramai dari keluaraga yang tidak kaya. Dan dia anak sulung. Mungkin atas itu dia udah terbiasa untuk berkorban , juga udah terbiasa untuk membuat sesuatu pekerjaan kebaikkan tanpa balasan. Kerna dia sering berbuat begitu untuk adik-adiknya.

Aku kagumi perkara itu. Dia tidak menuduh tapi bertanya. Dia tidak berandaian, tapi dia cuba memahami. Malah dia memahami diri aku dengan baik. Dia memahami aku ini seorang yang nakal , memahami aku ini pentingkan diri , memahami aku ini bersifat gelap.

Namun, dia tidak mencadangkan supaya aku mengubah kelakuan aku mengikut kelakuan dia. Dia hanya memberi cadangan. Yang utama, dia tidak MENJATUHKAN HUKUM. Dia tidak juga mengatakan apa yang dibuatnya itu adalah yang terbaik.

Dia sedar kelemahan dia, dia tidak kisah jika aku menegur juga tidak pernah menngatakan tidak untuk apa nasihat aku.

Aku aneh, apa yang dia perbuat itu sepertinya terlalu sukar bagi aku. Namun aku harus aku akui, dia mendapat kelakuan terpuji itu melalaui pengalaman juga usaha.Tidak melaluai ego juga tidak melalaui andaian..
ok, sampai di sini dulu kerna...

Aku harus berbual dengan dia

1 comment:

Amin Ahmad said...

Din,

aku kenal temanmu itu..dan aku perawi sahih untuk menyatakan ya pada kenyataan2mu tentang dia..

ya Din,

org luar yg tidak kenal kelompok penghuni rumah 673 dulu dari dalam mungkin tidak akan bisa mengerti, bagaimana perbezaan itu satu ruang yang jarang difahami..

ok Din,

aku rindu korang..kerana perbezaan itu selalu jadikan kita satu..