Antara kisah daripada buku cerita yang saya baca semasa kecil, yang masih saya ingat, adalah kisah monyet dengan angin. Lebih kurang beginilah kisahnya.
Ada dua jenis angin, angin ribut dan angin bayu. Pada suatu hari, angin ribut terlihat seekor monyet di atas pokok. Dia dengan penuh keyakinan, mengajak angin bayu bertanding, siapa yang dapat menjatuhkan monyet itu dari pokok.
Cabaran itu disahut oleh angin bayu.
Maka, angin ribut pun memulakan cabaran dengan penuh percaya diri. Dia meniupkan angin yang paling kuat yang termampu dia tiup. Namun, semakin kuat anginnya, semakin kuat pula monyet bertahan dan berpaut pada pokok, dan akhirnya angin ribut pun mengalah.
Tiba pula giliran angin bayu. Dia bertiup sepoi2 bahasa, dan monyet yang tadi berpegang erat pada pokok, mula berasa selasa. Rasa selesa itu, membuatkan monyet itu mengantuk. Monyet akhirnya tertidur dan kemudiannya terjatuh dari pokok.
Angin bayu pun menang.
Dahulu, saya sering melihat diri saya adalah umpama angin-angin itu, dan mengambil pengajaran, nasihat yang lembut itu lebih baik daripada nasihat yang keras. Semakin keras nasihat, semakin kuat orang tadi mempertahankan diri.
Namun, pada ketika ini, saya tidak melihat diri sebagai angin, sebaliknya sebagai 'monyet'.
Sebagai 'monyet' yang terleka di atas pokok. Yang mudah terlena dengan hembusan hiburan dunia dan pujian yang lembut dan manis, dan akhirnya 'saya' mudah hilang pegangan pada 'agama'.
Tetapi, pada ketika datangnya ribut ujian yang bertali arus, 'saya', semakin kuat pula berpegang pada 'agama'. Tidak lepas, dan sentiasa ingat kepada Tuhan.
Jadi terserah, kita mahu mengambil pelajaran yang mana, kerana pada akhirnya, kesimpulan yang paling baik yang boleh akal lemah saya ini fikirkan adalah, jangan jadi angin yang hanya tahu bertiup, dan jangan sesekali menjadi monyet di atas pokok.
Jadilah manusia yang bertuhan.
Wednesday, March 27, 2013
Thursday, March 21, 2013
literal rasa hati
Dahulu, saya pernah mendengarkan seorang bergurau apabila membaca peringatan, 'Judi adalah Haram di sisi Agama Islam'.
Katanya, "Judi hanya haram di sisi agama, maknanya ia tidak haram ditengah-tengah agama. Sebab itu aku berjudi."
Saya tahu dia cuma bergurau tetapi kesannya bukan main-main. Cuma, pada waktu itu, saya jahil, (sampai sekarang pun jahil lagi), bagi menyusun ayat menghujahkan tindakan dia. Akhirnya saya cuma diam kerana saya yakin, hujah saya yang tidak berstrategi dan disusun elok itu akan dijawab dengan olok-olok yang sama, dan menjadi bahan ketawa. Lalu menambahkan dosa2 kami.
Ibarat bertanyakan hukum menutup aurat kepada artis seksi yang sudah kita tahu pendiriannya. Lalu dia menjawab, "Tidak wajib."
Didengar oleh orang ramai, lalu mengutuk artis itu, dan artis itu semakin jauh daripada agama. Kita yang bertanya ini, yang sudah tahu akan jawapan artis itu, adakah kita beroleh pahala?
Saya bukan mahu perkatakan lanjut berkenaan seloroh itu. Saya tidak ada ilmu.
Saya cuma mahu bawakan contoh, yang tidak semua perkara boleh dibaca dengan makna literal atau harfiahnya.
Misalnya, kalau saya tulis, 'Kalau tidak faham status ini, pergi terjun sungai'.
Bukanlah bermakna, suruh pergi terjun sungai tetapi, faham2 sahajalah.
Begitu juga dalam hidup kita. TIDAK semua perkara yang datang dalam hidup kita, dapat kita terjemahkan secara literal.
Terutamanya yang menyangkut soal hati. Terkadang, tanpa sedar kita menyangka-nyangka, atau, tanpa sedar kita berasa benci.
Sekiranya kita terjemahkan secara literal rasa hati itu, maka jahatlah orang atau perkara yang kita sangka2 dan benci itu.
Menterjemahkan rasa hati itu terkadang mengejutkan kita juga. Rasa menyangka2 dan benci itu, apabila kita siasat bukanlah sebab orang itu, tetapi sebab kita sendiri, yang sudah keras hati atau terpujuk nafsu.

Thursday, March 14, 2013
yang diikat hormat
Pada suatu tahap, kita manusia ini
semuanya sependapat. Kita memberi harapan yang serupa, tetapi detik
itu cuma hanya beberapa saat.
Detiknya, pada ketika kita semua
menjawab dengan jawapan yang sama, “Sesuatu mesti dilakukan.”
Pada kata, 'sesuatu' itulah yang
menyimpan semua permasalahan manusia, kerana 'sesuatu' itu menyimpan
jutaan jalur jawapan untuk satu soalan.
Dan manusia pula, sedangkan dalam
bercinta yang sering dibutakan pada kebenaran, dapat menimbulkan
ribut resah, apatah lagi manusia yang memang berjumpa hanya bagi
membuktikan diri masing-masing adalah lebih benar.
Saya pula bukanlah mahu menulis, cara
bagi membuatkan manusia itu bersetuju dengan pendapat yang satu,
kerana itu 'mustahil'.
Saya cuma mahu menulis sesuatu yang
kecil, yang dekat dengan diri saya. Hanya, berjarak sedegup jantung.
Hati.
Pada hati itu, kita berkongsi rasa mahu
dihormati. Pada hati itu juga, kita mahu dilayan dengan adab-adab
terbaik yang pernah kita tahu.
Itulah punca yang kita gelar, 'sakit
hati'. Bukan kerana, hujah kita dipatah dan pijak-pijak ke tanah,
bukan juga kerana label-label yang menampakkan kita ini manusia
hitam, bukan juga kerana tindak yang membuatkan fizikal kita cedera.
Kita, 'sakit hati' kerana, hati kita
tidak bersetuju dengan cara hujah kita dipatah-patah oleh manusia
lain, hati kita tidak setuju dengan cara kita diberi label, dan hati
kita tidak setuju dengan cara mereka menyentuh tubuh kita.
Hati kita, tanpa sedar kita sebenarnya
mahu sesuatu yang lebih daripada kebenaran. Kita ini manusia yang
sentiasa tamak, dan itulah yang dipupuk oleh hati. Hati kita mahukan
lebih daripada kebenaran, iaitu kehormatan dalam pada ketika
kebenaran itu disampaikan.
Hanya hormat.
Hormat itu sangat mahal kerana ia hanya
jelas pada ketika kita sembunyi-sembunyi memberi nasihat. Ia hanya
tinggi pada ketika kita merendah diri menerima nasihat.
Ya, kita tidak mungkin sependapat
kerana 'sesuatu' itu jurainya berjuta-juta, tetapi kita mampu
menyimpulkan jurai 'sesuatu' itu dengan tali hormat.
Semoga.
Subscribe to:
Posts (Atom)