Thursday, December 27, 2012

ketika air kopi tinggal suku


Pagi tadi semasa minum kopi, saya merasa sedikit pahit, namun tetap jugalah saya minum. Dan pada ketika air kopi tinggal suku, barulah saya perasan saya lupa mengacau kopi dan susunya. 

Apabila saya kacau, kopi yang tinggal suku itu terasa sangat manis pula. Terlalu manis sehingga tidak mampu saya minum.

Agaknya itu hidup. Ada waktunya kita terlupa yang 'manis' itu ada di dasar, perlu dicari, dan pada ketika malas mencari, yang kita peroleh cuma pahit. Ada waktunya juga, pada ketika teringat berkenaan 'manis' itu, semuanya sudah terlewat. 

Mujurlah, Tuhan sudah membantu, 'membancuh', hidup kita antara yang pahit dan manis. Cuma apabila kita terlupa kepada Tuhan, pada waktu itulah kita berasa hidup ini hanya pahit semata-mata, ataupun hanya manis yang ada sehingga lupa, hidup kita bukan ada apa-apa maknanya sekiranya hanya berkenaan yang pahit-pahit, ataupun hanya berkenaan yang manis-manis.

Jadi, hiruplah hidup yang pahit manis ini dengan senyuman dan bismillah. :)

6 comments:

Anonymous said...

yup, Allah banyak membantu mencorakkan hidup kita selama ni. Kita hanya perlu bersabar. Dan kemungkinan apa yang kita nak, dpt jugak dicapai nanti. cuma lambat atau cepat je. :)

Anonymous said...

Dalam pengajarannya yang diperoleh dari secawan kopi.terima kasih buat perkongsian :)

Husna Adnan said...

Terima kasih, Abang Baha.

依之汉 said...

Entah kenapa, setiap kali saya membaca tulisan encik, tangan saya ligat menulis sesuatu. Saya terasa bersemangat untuk menukil cerpen selepas membaca penulisan encik. Kembali mendapat ilham untuk menulis. Ia seakan pemecah tembok buntu yang berada di minda saya ini.

Terima kasih.

Anonymous said...

kurangkn gula dlm minuman,lebihkn manis dlm senyuman!
hehe.xda kaitan dgn post ni.
~gadis biasa dr kg pt 310

Cik Matahariku said...

secawan kopi yang penuh tamsilan, dah namanya penulis dan pemikir kan, minum kopi pahit pun boleh jadi falsafah besar..haha.nice one..:)