Monday, January 17, 2011

Lesu.

Sudah 17 hari di tahun 2011, hidup aku masih lesu. Terlalu banyak harapan manusia mungkin harus aku bawa. Ataupun mungkin sebenarnya aku sedang menipu diri aku berkenaan harapan. Mungkin sahaja di balik kata 'harapan manusia' itu sebenarnya, hampir seluruhnya adalah harapan aku sendiri. Harapan yang berat-berat. Harapan yang aku sandarkan kepada jari-jari aku.

1 comment:

Tuan Rumah said...

harapan tu sesuatu yang memang wajib utk setiap manusia bawa.. dan harapan itu akan menjadi semakin berat bila setiap manusia itu sedar akan harapan sebenar yang setiap manusia galaskan di bahunya...
harapan itu sebenarnya adalah penggerak hati dan minda manusia untk terus bekerja utk capai apa yang sepatutnya...
ibaratnya, signboard itu adalah harapan, dan kita adalah pemandu.. signboard itu bukan hanya menunjuk arah, tetapi dapat menunjukkan di mana kaki kita berdiri sekarang dan dapat memberi satu pandangan jelas tentang apa yang bakal kita lihat di kemudian perjalanan..
jadi, lesu bukan sesuatu yang patut dirasa.. perkara itu sama seperti putus asa... dan putus asa dalam kehidupan bukan sesuatu yang bagus...
*hanya berkata dari hati, tiada niat lain.. :D
salam