Sunday, November 07, 2010

Kerana hati lelah ini duduk di kerusi

Bukan salah menulis, namun salah saya juga. Sekiranya sahaja saya nanti terlihat bertubuh tambun, mengertilah sejak dua tiga bulan ini saya seperti manusia yang dirasuk hantu lapar.

Muasalnya kerana saya menulis sesuatu yang membuatkan saya letih. Saya sememangnya sangat letih menulis sesuatu yang terkeluar daripada jiwa. Saya akui, jiwa saya ini kasar. Dahulunya saya ini berkawan-kawan juga dengan orang yang kasar dan malah sampai sekarang saya masih karib dengan orang yang kasar-kasar. Lalu penulisan saya cenderung 'kasar'.

Menulis sesuatu yang bukan saudara pada perkataan 'kasar' membuat saya lelah. Lelah saya memikirkan bagaimana mahu menjadikan idea saya muas dengan perkara yang kurang kasarnya itu. Lelah itu ternyata begitu berkuasa sehingga membengkokkan hati saya menjadi jemawa.

Akhirnya dengan hanya duduk di kerusi, saya menghabiskan banyak sekali nasi bergoreng, daging-daging berlemak, air manis-manis, roti dan biskut berperisa, kurang tidur, stres dan segala macam hal yang membuatkan tubuh saya menjadi tambun.

Bukan salah menulis, salah saya juga yang kurang aturan atau lebih tepat, tiada langsung perancangan. Kebiasaannya saya ini menulis tanpa tahu jalan mana yang harus saya bawa tulisan saya berjalan-jalan. Tanpa bab, tanpa plot dan tanpa watak. Biarlah semuanya mengalir sendiri. Tempatnya tujunya sudah lama tahu, namun jalan ke arah itu saya suka menjadi manusia yang mengembara tanpa perancangan.

Alhamdulillah, selepas beberapa waktu tersesat dalam 'mengembara', untuk seminggu ini mungkin saya boleh menarik nafas panjang kerana selesainya manuskrip novel 'Penulis yang Disayang Tuhan' dan 'Diari Mat Despatch 2'.

Manuskrip yang cuba lari daripada jiwa kasar saya namun tetap juga terselit di sana sini kasarnya. Semoga ia bermanfaat untuk saya, memberi nasihat untuk saya dan kemudiannya, semoga ia bermanfaat untuk semua yang membacanya. Semoga. Amin.



6 comments:

sinaganaga said...

Hye, selamat menjadi kaya [dengan royalti buku-buku]!

nurulaieda said...

Wahh tahniah berjaya menamatkan penulisan anda! At last.. Saya nantikan di pasaran... :)

Anonymous said...

jgn tergesa-gesa untuk siapkan...buatlah ia dalam tenang jiwa..insyaAllah..pasti hasilnya akan samapi juga kepada kami..

Anonymous said...

jgn tergesa-gesa untuk siapkan...buatlah ia dalam tenang jiwa..insyaAllah..pasti hasilnya akan samapi juga kepada kami..

Izanor said...

Tahniah! Cool! Tajuknya sahaja sudah mampu menambat mata yang membaca. Semoga terus gagah menjajah dan menguasai pengembaraan yang seterusnya :D

Dayang AZwa said...

saya paling ska ngan ceta " Lelaki berkasut MERAH" awesome...hmpir tiap2 hari saya membacanya...ia memberi saya sejuta kesedaran mengenai khidupan..prangai saya hmpir sm seperti watak Hairi..cuma saya ni perempuan..err..bleh x wat ceta yg sebegini lg? Saya amat nantikannya...

Azwa..