Tuesday, June 22, 2010

Tag

Ini adalah tag daripada Cikpuan Siti Rahmah. Beliau bakal penulis PTS. Sudah lama dia tag namun kerana kesibukkan yang membuatkan saya tiada idea dan tiada semangat, jadi baru hari ini saya menjawab tag ini dengan sebaik mungkin. Ini blog beliau - http://rahmahmokhtaruddin.blogspot.com/

1) adakah anda rasa HOT?
- Ya, apabila kipas rosak ataupun saya sedang berjalan di padang pasir Mojave. Saya tahu saya tidak menjawab soalan tetapi sekiranya saya menjawab soalan pasti saya perlu sertakan entri ini dengan tanda 18 tahun ke atas dan anda pasti tidak mahu itu, bukan? Apa? Anda mahu?

2) Upload wallpaper PC/laptop yang anda gunakan sekarang..?



3) Cerita pasal gambar nih...
- Anak saya yang solehah semasa umur belum setahun. Saya sayang dia dan saya doakan dia tumbuh menjadi puteri yang yang dekat kepada Allah. amin

4) Kali terakhir makan PIZZA...?
- Dua minggu lepas dari tarikh hari ini. Sekiranya anda baca entri ini pada tahun 2018, jangan pula anggap saya makan pizza dua minggu lepas. Entah-entah saya sudah meninggal dunia. Okey, pizza itu adik ipar saya yang beli. Saya tumpang makan.

5) Lagu terakhir anda dengar...?
- Abang Joni. Jiran pasang boleh tahan kuat. Nak buat konsertkah? Saya sampai boleh ternyanyi lagu Abang Joni semasa sedang mandi, semasa menunggang motosikal dan semasa melayari FB.

6) Apa anda buat selain selesaikan tag nih...?
- Tulis novel yang sudah terlajak dateline. Saya sangat takut sekarang.

7) Selain nama sendiri anda dipanggil nama apa...?
- Tuan, Encik, papa, Tuan Penulis, Tuan editor, dan Bekri. Ya, ada orang panggil saya dengan nama ayah saya.

8) Tag lagi 5 orang sape yer nak tag...?
- Bukan tidak mahu tag tetapi saya lebih suka kepada konsep hero. Saya mahu menjadi hero yang menghentikan tag berantai ini. Biarlah saya berkorban. Tag ini bolehlah dikatakan sebagai hajat. Jadi apabila kita menunaikan hajat manusia yang lain, insyaAllah Tuhan akan menunaikan hajat kita. Oleh kerana anggapan saya begitu, saya melihat tag datang bersama tanggungjawab yang besar. Saya yakin tidak semua blogger mampu menerima tanggunjawab yang besar ini dan saya mahu ulang kembali kata-kata saya tadi, biarlah saya yang berkorban.

9) Siapa orang no 1 pada anda..?
- Saya tidak letakkan nombor pada manusia. Kecualilah saya cikgu dan saya terpaksa beri nombor kepada anak murid saya. Namun sekiranya dipaksa juga beri nombor, saya cuma boleh beritahu semua orang adalah nombor satu bagi saya, kerana Allah tidak mencipta ada dua manusia yang sama. Semua manusia berbeza-beza dan semuanya satu.

Okey, saya tidak jawab soalan. Baiklah, saya guna istilah keutamaan. Keutamaan saya sebagai anak, mestilah ibu bapa saya, anak isteri saya, keluarga saya, dan seterusnya rakan-rakan saya yang baik hati. Pembaca-pembaca blog ini dan sesiapa yang menyebut nama saya dengan betul termasuk dalam senarai rakan-rakan saya yang baik hati dan anda termasuk dalam keutamaan saya.

10) Katakan sesuatu pada orang no 5...?
- Antara sebab saya tidak mahu tag orang lagi adalah saya tidak mahu jawab soalan lagi. Saya segan ditanya banyak. hahaha.

11) No 3 ada hubungan dengan sape...?
- Sama seperti nombor 10.

12) Bagaimana pulak dengan no 2....?
- Sama seperti nombor 10.

13) Kata-kata cinta dengan orang no 4...?
- Sama seperti nombor 10.

14) Berikan 5 fakta yang anda tahu pasal orang yang tag anda...?
- Dia anak Mejar.

- Dia bakal penulis bestseller.

- Dia cantik dan jejaka yang beriman di luar sana mungkin boleh segera menonton filem 'Ketika Cinta Bertasbih'.

- Dia suka membaca.

- Dia berpelajaran tinggi.

5 comments:

Khair Zawawi said...

saya suka ini !

kali pertama jumpa yang sebegini !!

haha

Azzah AR said...

"Saya suka jawapan nombor 7!" kata saya sambil mengangkat kedua ibu jari ke atas. d(^_^)b

rahmahmokhtaruddin said...

Tuan memang 'cool'!

Terima kasih sudi balas tag ini. Tahniah juga kerana sudi berkorban ^_^ (sambil mengangkat kedua-dua belah tangan ke atas tanda sangat kagum)

Saya cuma tidak faham perkaitan cerita Ketika Cinta Bertasbih itu sahaja. Apa-apa pun, memang 'cool'. Langsung tiada sifat ayah yang perisau terluah dalam tag ini. Hebat!

AzwanRamli said...

hahaha.......lawak

Abdul Rahman said...

jawapan yang menarik