Monday, April 13, 2009
karya eksperimen
Sekiranya ditanyakan, genre mana yang lebih saya suka. Saya akan senang mengaku, saya lebih suka dengan genre yang berkisar kepada kehidupan. Seperti Doa Untuk Aku, Dunia Ini Sederhana Kecil dan yang terbaru Detektif Tudung Hitam
Tetapi ada kekecualian. Dalam menghasilkan karya, guru saya mengatakan kita perlu seperti petani di Eropah pada kurun ke-18 yang mengamalkan sistem tanaman giliran. Selepas menanam tanaman kekacang, mereka akan menanam sayuran buah pula dan adakalanya berhenti sebentar. Tujuannya supaya tanah tidak hilang zatnya kerana setiap tanaman yang ditanam bergilir memberikan dan mengambil zat yang berlainan.
Begitu juga saya. Takut-takut nanti kerana kelemahan saya dan kurangnya pengalaman saya dalam penulisan ini membuat tulisan saya klise. Lalu saya cuba menggilirkan genre penulisan. Semoga dengan itu karya tidak terlalu klise. Otak juga segar.
Akhirnya idea itu datang dalam bentuk karya eksperimen. Karya yang disasarkan bagi pembaca lelaki yang lebih menggemari komik. Lalu persoalannya, gaya bahasa, juga plot yang bagaimana? Mujur ada guru yang handal, saya diajar, kisah yang dialognya banyak, akan menjadi kisah yang pantas dan penuh aksi. Susunan plot yang pendek-pendek juga membantu. Itu yang saya cuba walaupun ia bukan stail penulisan kegemaran saya. Akhirnya saya namakan ia karya eksperimen. Adi Gempa juga Perang Kucing, buku sains fiksyen dan fantasi khas untuk lelaki. Buku yang lama tempohnya untuk dihasilkan walaupun tidaklah setebal buku saya yang lain. Semoga ia berjaya. Amin. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
susah la nak carik buku 2...xjumpe pown..
kat mph ade rasenye....tp xpernah nmpak adi gempa. bila keluar?
ha..mmg sy rs disasarkan untuk lelaki. sbb sy belum tertarik untuk membeli jujurnya. mungkin satu masa nanti. hehe..
sinan- cari lagi.. cari :)
ms. happy. Ya betul :)
Wah banyaknya karya tahun ni...tahniah!
Aku dapat beli Adi Gempa pada 23 April. itupun tinggal 1 unit je kat Times Bookshop di Giant, Seri Manjung, Perak.
Seminggu je aku ambil masa nak baca buku tu. Hari ini baru habis baca. Cerita agak tergantung namun ianya maybe ada sambungan yang lebih mencabar apabila Tuan Tertinggi membuka MATA KETIGAnya...
Team Pembunuh Gelap hilang begitu sahaja. Team Pengawal Gelap pula dah jadi geng baik dan diketuai oleh Regal. Aduhai, makin panas-panas....
Novel Adi Gempa, novel pertama yg aku beli dan baca setelah aku plan nak luangkan masa aku selain mengaturcara sistem dengan membaca novel yang berkonsepkan sains fiksyen.
Komen aku terhadap Adi Gempa :
1. Terdapat beberapa kesilapan ejaan (xpe pembaca macam aku boleh lagi faham kalau ejaannya salah).
2. Wujud kekeliruan cetakan watak yang mana perbualan dalam telefon antara Amin dan kekasihnya di Malaysia, tiba-tiba nama Natasha pula menjelma dipenghujung perbualan. Page-nya, biarlah penulisnya yang mencari.
3. Hadi, seorang budak UPSR yang bijak pandai pula serta mampu angkat professor. Aduhai, kalau difokuskan budak itu sdg ambil SPM kan lebih logik sedikit. Memang dianggap manusia ujikaji tetapi fokus ttg beliau agak kurang dan kuasa gempa beliau langsung takde diketengahkan. Sehingga Man-6 yg patut dicari semakin menghilang dari konsep cerita EVOLUSI.
Pada aku keseluruhan novel ini boleh dijadikan satu novel bersiri seperti penyiasatan Enid Blyton atau Harry Porter. Bahasa peneritaan amat mudah difahami dan direct to the point. Buat aku selesa nak baca sebelum tidur, then aku boleh imagine dalam mimpi aku. hehehehehe. Pelaburan RM19 aku berbaloi...
Konsep cerita yang baik dan ada jalan cerita. Walaupun ia agak berterabur dalam soal penceritaan, rasanya kalau sekitar 400 pages, penonton masih mampu ikuti cerita yang berterabur ini. Tapi kalau mencecah more than 1500 pages, perlu penyusunan serta jalan cerita perlu diperhalusi lagi.
Apapun, your eksperimen telah berjaya membuatkan aku semakin bersemangat untuk berkarya dalam konsep Saifai ini.
Teruskan berkarya.
buku2 bahrudin bekri susah nk cari.... seriously..
Post a Comment