Friday, April 17, 2009

Cerita tentang 20 peratus

Teman saya, seorang yang suka menonton filem. Juga seorang yang suka mengambil sesuatu daripada filem itu bagi diceritakan. Lalu beberapa hari lalu, dia menonton filem Fast & Furios 4. Seperti biasa ada perkara baru yang diceritakannya kepada saya.

Katanya, ada satu babak dalam filem itu yang membuatnya terfikir. Sesuatu berkenaan manusia. Katanya manusia itu terbahagi kepada dua. Jahatnya 80%, baiknya 20%. Satu lagi baiknya 80%, jahatnya pula 20%.

Itu tidak ada apa-apa lagi. Saya masih boleh tersenyum mendengar dia bercerita, bersemangat. Kemudian dia berkata, manusia baik dan jahat itu bukan dinilai daripada berapa banyak peratus baik dan jahatnya. Di sini saya mula mengerut dahi.

Sambungnya lagi, manusia yang baik dinilai melalui cara dia menunjukkan kebaikannya. Walaupun dia manusia yang 80% jahat dan 20% baik tetapi sekiranya dia berjaya menampilkan 20% kebaikannya itu dengan cemerlang, dia tetap digelar manusia baik. Begitu juga sebaliknya.

Di sini saya sudah mengaru-garu tapak tangan. Hati saya mula bergetar lembut. Kawan saya itu kemudian menjadikan ceritanya sempurna dengan menanyakan saya, saya ini manusia yang jenis bagaimana? Saya terus diam.

Mungkin tahu yang saya sendiri tidak tahu, dia memberitahu, supaya sentiasa menganggap diri sebagai manusia yang punyai hanya 20% kebaikan dan 80% kejahatan. Cuma kita dianggap baik kerana kita hanya menunjukkan 20% kebaikan itu. Manakala 80% kejahatan itu pula terlindung dalam hati.

Tujuannya, supaya kita sentiasa berusaha memperbaiki diri dan tidak melambung dengan kebaikan yang hanya 20% itu. Saya terus terdiam. Hati saya mula menerima satu hakikat, ya saya manusia yang hanya punyai kebaikan 20% tetapi terlihat baik kerana hanya 20% itu sahaja yang saya tunjukkan.

Aduhai, Tuhan ampun kan hamba-Mu ini. Ampunkan.

7 comments:

aiXat.MR said...

saya tidak pasti.
tetapi kadang terasa kejahatan 99%.
boleh?
huhhu~

Lily Abdullah said...

Peratusan kebaikan dan kejahatan berbeza-beza mengikut pasang surut iman.

Saya menghakimi diri saya begitu. Bagaimana orang lain menghakimi saya,bukan urusan saya. Dan bagaimana Tuhan menghakimi saya,itu terserah padaNya. :)

ps: Encik Din ada di KLBF esok?

wantong said...

saya rase saya jahat...

redhaku said...

kadang-kadang kita tak boleh terlalu optimis dengan kebaikan diri sendiri.kan elok selalu rasa kita tak cukup baik.

huhuhu.

masa tengok citer tu saya pun terfikir-fikir tentang kata-kata dia tu.

Anonymous said...

aixat: samalah ..huhuhu

lily- setuju :)

wan-tong, jahat ke. muka nampak baik je.

redhaku, setuju :)

|bahruddin bekri|

Taf Teh said...

Pareto Law?

junkfood said...

saya hundred percent straight!!