Thursday, May 29, 2008

Cogito ergo sum

Cogito ergo sum,” kata Descartes. Seorang ahli falsafah abad pertengahan .

Maknanya, “Aku berfikir, maka aku ada.

Menurutnya, untuk kita sampai pada makna 'Ada' perlu dimulai dengan meragu-ragukan sesuatu.

Lalu ia digelar doktrin Cartesian yang menjadi paradigma dalam sains moden.

Lalu saya sering sahaja meragu-ragukan sesuatu. Apatah lagi sekiranya ia melibat soal hati. Sering meragu-ragukan sama ada seseorang itu betul tuturnya untuk merindu. Betul tuturnya untuk mencinta. Betul tuturnya untuk membenci.

Lalu silapnya di situ. Sering sahaja saya berhenti pada kata 'ragu-ragu' tidak terus menyelidik sehingga makna, 'ada'.

Akhirnya, hidup celaru. Tutur cinta diragui. Tutur benci juga diragui. Di bawah sedar, saya sudah menanamkan kepercayaan. Tutur cinta itu hanya bayangan rama-rama pada tasik, hilang apabila dibaling batu. Tutur benci juga dikatakan palsu, umpama pekat malam yang hilang apabila waktu.

Lalu, pentingnya jujur dan telus. Untuk itu saya masih mendidik diri bagi tidak berhenti pada kata 'ragu-ragu'. Masih mendidik diri supaya bisa jujur pada diri. Supaya bisa ketemu 'ada'. Itu yang perlu. Doakan. :-)

1 comment:

Puan Ainon Mohd. said...

Kata-kata Descartes membahayakan. Dia mendidik kita supaya menjadikan 'waham' ataupun 'ragu-ragu' suatu alat berfikir mencari kebenaran yang kononnya sah.

Akibatnya, kita yang terdidik dalam sistem pendidikan sekular sentiasa ragu-ragu, khususnya dalam perkara-perkara spiritual. Ini melahirkan banyak individu pintar dan tinggi kelulusannya meragu-ragui kebenaran spritual.

Dalam Islam, kita diperingatkan supaya meragui sesuatu apabila orang yang bercakap itu tidak dapat dipercayai integriti dan kredibilitinya, bukan meragui apa-apa sahaja dan sesiapa sahaja, seperti yang dianjurkan oleh Descartes.