Wednesday, December 19, 2007

Rakan yang bisa terbang



http://silapmata.blogspot.com/

Saya ingat lagi dahulu. Betapa kagumnya saya melihat adiwira barat terbang di kaca televisyen. Dengan pelbagai gelaran. Superman, Captain Amerika dan pelbagai lagi. Mujur saya tidak merasakan saya mampu terbang seperti mereka. Jika tidak, pasti saya sudah cuba 'terbang' dari bumbung rumah.

Atas kesedaran itu saya sering 'mengarahkan' ayah saya 'menerbangkan' saya. Tinggi hingga mahu sampai ke siling rumah. Saya gembira. Ayah saya juga gembira.

Sejak itu juga saya mengerti sesuatu, terbang bukan berkenaan dengan kehebatan, tetapi ia lebih dekat kepada kegembiraan. Perasaan kegembiraan itu saya alami lagi apabila pertama kali menaiki kapal terbang. Saya tersenyum sepanjang penerbangan. Melihat awan putih bergumpal cuba melindungi awan biru. Saya gembira. :-)

Namun, ada suatu masa, saya 'terbang' di jalan raya. Saya kemalangan motorsikal. Saya luka. Kulit lengan saya tersiat. Daging putih jelas terlihat. Tetapi ia cuma sesaat sebelum warana merah darah mengambil alih. Darah merah menitis. Dan yang lebih memedihkan apabila sang jururawat memberus luka saya. Katanya, bagi membuang pasir. Aduh. Tidak cukup dengan itu, sang jururawat menyapunya dengan iodin kuning. Disental biar rata. Saya hanya mampu melagakan geraham sambil memejamkan mata. Gelap.

Saya tidak menyalahkan 'terbang'. Terbang tetap mengembirakan. Cuma yang tidak mengembirakan adalah pendaratan.

Saya merasai lagi kenikmatan 'terbang' saat pertama kali pandai rasa rindu dengan mahluk berlawanan jantina. :-P Saya sekali lagi 'terbang' terawang-awang. Terbang kali ini lebih indah. Saya suka. Saya gembira. Cuma seperti yang saya katakan tadi. Terbang tidak pernah salah. Yang salah adalah pendaratan yang tidak betul. Saya jatuh lagi. Ternyata terbang saya, terbang yang sendiri. Mujur terbang saya tidak terlalu tinggi. Jatuh pun, sakitnya tidak menjadi. Paginya saya sudah bisa tersenyum sendiri.

Kemudian, saya sudah melupakan berkenaan terbang sehingga saya menemui seorang sahabat saya. Katanya, "Saya percaya, saya mampu terbang."

"Bagaimana?"

Dia tidak menjawab. Cuma tersenyum.

Sehinggalah semalam, dia berkata.

"Lihat...."

Saya melihat terus ke monitor komputernya. Novel terbaru dia. Ya, ternyata dia mampu terbang. Jika tidak pun terbang secara hakiki, setidak-tidaknya dia bisa terbang dengan royalti yang dia bisa peroleh nanti.

Lebih penting, dia tidak 'terbang' sendiri. Dia membawa sesiapa sahaja yang membaca novelnya, 'terbang' bersama-sama dia.

Dan seperti yang saya katakan. Terbang itu mengembirakan.

:-)

2 comments:

me,myself n all around da world said...

aku ada cerita mengenai terbang2 ni...wonder women,superman and invisible men bercuti xmas,tiada keje.so supermen terbang dipersisiran pantai....terbang2....nampak wonder women berbaring santai di tepi pantai.bogel!!!!

supermen xtahan geram,terus terjun hempap wonder women. argh!!argh!!tiba2 visible men menjerit kesakitan,hehe....

lawak my boss,hehe

rowena ridzuan said...

assalamualaikum..
satu lagi benda yang boleh terbang tapi bukan hero, penanggal..

ada ke kawan aku ckp penanggah tuh sama erti dengan penanggal..

kecik hati makcik penanggah..

peace!