Sesekali melihat diri pada ruang yang
berbeza, membuat saya tertanya-tanya, apakah sepatutnya saya berada
di ruang ini pada masa lalu?
Iya, lambat dan cepatnya waktu itu
sentiasa memberi misteri pada manusia. Sentiasa memberi pertanyaan,
“Mengapa dahulu aku tidak begitu?” Atau, “Mengapa aku tidak
buat sahaja itu dahulu?”
Jawapan untuk setiap persoalan yang
berasaskan pada lambat dan cepatnya waktu, tidak semudah tersenyum
kepada gadis cantik. Sukarnya adalah seperti sukarnya menahan diri
daripada tersenyum kepada gadis cantik yang tersenyum kepada kita.
Lalu kembali kepada had yang perlu kita
tahu sahaja, Tuhan punyai rencana yang lebih baik untuk hamba-Nya,
iaitu kita.
Sekiranya, kita yakin itu adalah
rencana Tuhan untuk kita, kita akan bersyukur tetapi dengan syarat
yang sangat berat, sebelum rencana itu terjadi, kita sudah berusaha
sedaya upaya, dan percayalah, apapun hasilnya, baik ataupun buruk,
sekiranya kita yakin itu rencana Tuhan selepas segala daya kita
berikan, kita akan tetap tersenyum walaupun tanpa gadis cantik di
hadapan kita.
1 comment:
knape skarg dah jarang menulis, saya tertunggu-tunggu post yang baru...seronok dpt baca hasil tulisan yg kreatif sambil muhasabah diri..sgt bermanfaat,, harap teruskan menulis di blog ini, Moga Allah redha
:^) @>--
Post a Comment