Pernah sekali ada pembaca bertanya,
mengapa pada setiap novel saya, latarnya adalah Sarawak. Sama ada
latar tempatnya, ataupun ada wataknya orang Sarawak.
Pertamanya, jawapan yang saya yakin
dapat diteka oleh pembaca itu, adalah kerana lebih mudah kepada saya
bagi memberi gambaran berkenaan latar. Malah dalam mana-mana teknik
dan cara penulisan mana sekalipun, mereka akan menyarankan menulis
sesuatu yang dekat dengan hati. Itu yang saya lakukan, menulis
sesuatu yang dekat dengan hati saya sendiri.
Itu yang pertama. Yang kedua, kerana
saya ini pendiam, pemalu, dan segala macam perkara yang tidak
memihak. Namun saya tetap mahu memberi penghargaan dan penghormatan
kepada tanah lahir saya. Dan buat masa ini, hanya melalui tulisan
segala 'penghargaan' dan 'penghormatan', itu mampu saya berikan.
Atas nama penghargaan dan penghormatan
juga, ada banyak nama rakan-rakan yang saya masukkan dalam penulisan
saya. Ada kisah-kisah mereka yang saya jadikan babak dalam penulisan.
Malah untuk ayah dan ibu, untuk mereka juga saya usahakan memberikan
penghargaan terus melalui kisah dalam novel-novel saya.
Masih dengan sebab penghormatan dan
penghargaan jugalah, novel terbaru saya ini ditulis. Semestinya ia
penghargaan dan hormat kepada semua yang bergelar ayah, kerana ayah
juga seperti ibu kita, mereka adalah satu-satunya.
Selamat membaca. :)
*Boleh dibeli secara online di http://www.bookcafe.com.my/en/
1 comment:
Hi, I read your blogs regularly. Your writing style is witty, keep doing what you're doing!
Also visit my blog - property
Post a Comment