Tuesday, January 24, 2012

bulan di penjuru malam

Berteraburlah kata,
untuk aku supaya dia tahu,
bulan itu letaknya di penjuru malam,
embun letaknya di bucu daun,
janjimu letaknya di hujung angin,
harapan aku, letaknya di jiwa yang kosong

benarlah kata Pramoedya,
hidup ini cukup sederhana,
yang hebat-hebat adalah tafsirannya,

benarlah kata ibu,
hidup ini cukup seadanya,
yang kaya-kaya adalah nafsu,

benarlah katamu,
kisah kita tiada sudahnya,
yang ada koma cumalah rindu,
yang ada noktah cumalah cinta

tersenyumlah kau melihat bulan di penjuru malam,
dan ketawalah aku melihat harapan,
di jiwa yang kosong

4 comments:

Lily Abdullah said...

Sangat indah
sungguh puistis
sungguh bermakna

:)

Terima kasih kerana berkongsi kata-kata yang indah dan manis.

Pesona Algebra said...
This comment has been removed by the author.
Pesona Algebra said...

sangat indahh

(:

huhuuuuu

AzwanRamli said...

nice bang...puitis..suke buku mat despatch..