Monday, August 06, 2007

Pika, terima kasih.




Aku tidak mengenalinya. Tidak juga pernah berjumpa dengan dia. Aku hanya 'menemui' dia di blog saudara Kassim Selamat yang merupakan bapa saudara Pika.

"Pika nak jadi polis bila besar nanti, nak tolong mama."

Aku berhenti sejenak di situ. Ucapannya cukup ikhlas. Aku melihat diri aku ketika sebaya dia. Aku juga punyai keikhlasa sebegitu, namun ketika aku sudah dewasa sebegini, keikhlasan itu aku kira sudah terjemahkannya dengan sikap yang ala kadar. Besarnya salah aku.

Aku juga diberitahu, menjadi kebiasaan Pika, setiap kali pulang dari sekolah,Pika akan memberi salam dengan suara yang nyaring. Dia ceria. Sentiasa menghiburkan.

"Pika nak air zam-zam."




Itu perkara pertama yang dipesannya kepada ibu saudaranya ketika ibu saudara dan bapa saudaranya (Kassim Selamat) berangkat mengerjakan umrah. Aku senyum. Aku kembali melihat diri aku, aku kira air zam-zam adalah perkara terakhir yang akan aku pesan. Aku akan lebihkan dahulu perkara-perkara dunia. Hurm.

Pika sempat menunggu air zam-zamnya tiba. Bonus, ibu saduaranya membelikan Pika jubah Arab dan gelang Mekah.




Tetapi Pika tidak menyambut ibu dan bapa saudarana di lapangan terbang kerana dia berada di wad prediatrik. Rupanya disebalik keceriannya, dia sebenarnya menghidap penyakit leukimia. Doktor memberitahu otaknya sudah dijangkiti kuman. Hasilnya Pika terpaksa menanggung sakit kepala yang amat. Pika yang dulu ceria, kini terbaring di katil. Pucat. Segala macam wayar disambung ke tubuhnya yang kecil. Dia terpaksa menanggung kesakitan apabila air tulang sum-sumnya diambil. Aku memejam mata, cuba membayangkan apa yang aku perbuat apabila aku begitu.

"Bila Pika mati kebumikan Pika di sebelah kubur abah."

Aku baca berkali-kali ayat itu. Di saat memanggung kesakitan yang amat, Pika masih mampu mengingatinya ayahnya yang meninggal dunia ketika umurnya setahun. Aku yang masih punyai ayah langsung tidak terfikir untuk berkata begitu. Mungkin selepas ini aku akan lebih kerap memeluk tubuh tua ayahku.

"Hari selasa nanti, Pika hendak pakai jubah Arab ini."




Itu pesan Pika yang tidak sempat ditunaikan.Pika sempat meminum air zam-zam, sempat memakai gelang Mekah tetapi pada subuh 26 Jun 2007, Pika pergi untuk selamanya dalam pelukan ibunya. Meninggalkan derita dunia. Meninggalkan kita yang masih tenggelam dalam nikmat dunia. Mungkin 'disana' dia sedang bergembira, memakai jubah Arab yang cantik. Mungkin juga bertemu ayahnya yang lama dirindu.

Walaupun tidak sempat berjumpa dan hanya mengenal lewat internet, aku ingin sekali memberitahu dia bahawa, dia memberi aku isnpirasi. Inpirasi untuk kembali menguatkan syukur aku pada-Nya. Terima kasih pika.

Al fatihah untuk Yussyafiqah.

*Terima kasih juga kepada saudara Kassim Selamat kerana mengizinkan saya menuliskan sesuatu tentang Pika.

6 comments:

Kassim Selamat said...

Salam sdr. Dingin,
Terharu saya membaca entri ini. Teringat kembali nyaringnya suara arwah ketika memberi salam.

Hajat arwah untuk menaiki 'ice on malaysia' tidak kesampaian.

Seperti kata sdr, di sana dia akan memakai jubah yang tidak sempat dipakainya, bertemu kembali ayahnya dan merasai apa yang tidak di rasai di dunia ini...InsyaAllah.

Terima kasih kerana mengingatinya.

Anonymous said...

Sebak kembali dada mengingatkan derita si kecil ini. Namun ku yakin dia bahagia di sana. Iktibarnya terlalu banyak untuk kita yang hidup.

Al-Fatihah untuk pika

Anonymous said...

Salam

Din, sdr Kassim Selamat dulu aktivis reformasi, jgn tak tau. Jiwanya besar..

Sdr Kassim..'eye on Malaysia'..tak apa saya betulkan.

Amin Ahmad

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

slm abg dingin..
alfatihah utk pika..

cemburu pun ada, kerna pika akan terus ke syurga, sementara kita akan dihitung..

apapun, allah itu maha mengetahui mana yg terbaik utk umatnya..

lama x singgah sini, abg dingin sihat?

Yati WTL said...

Alfatihah untuk Pika..

Aku Comel said...

Al-Fatihah kepada arwah..