Monday, May 21, 2007

cinta yang bersyarat.

Harus diterima hakikat bahawa dalam hidup ini cinta tanpa syarat itu hanya ujud bagi 3 situasi.
  1. Cinta tuhan pada hambaNya.
  2. Cinta rasul pada umatnya.
  3. Cinta ibu dan ayah pada anaknya.

Selain dari 3 itu semua cinta adalah bersyarat. Cinta suami pada isterinya, bersyarat. Cinta kumbang pada bunga, bersyarat. Cinta anak pada orang tuanya juga bersyarat. Malah cinta kita pada rasul dan tuhan juga terkadang diletakkan syarat.

Syarat itu adalah panduan seseorang dalam mencari pasangan hidup. Mungkin si perempuan memberi syarat kepada lelaki yang ingin di cintainya harus kacak, punyai harta, penyayang, memahami, beriman ataupun lelaki itu harus sama daratan dengan dia.

Anak-anak juga tidak terkecuali. Terkadang cintanya pada orang tuanya hanya apabila orang tuanya itu bisa memberikan sesuatu ganjaran pada dia. Harta ataupun kebanggaan.

Cinta kita pada rasul dan tuhan bagaimana? Mungkin pernah terniat dalam hati kita untuk melakukan sesuatu kebaikkan hanya setelah tuhan memberikan kebaikkan pada kita. Selawat pada rasul pula hanya disebut jika mahu rezki yang murah.

Cinta yang bersyarat itu hanya boleh ujud pada cinta sesama manusia. Tidak harus ia ujud bagi ibu bapa , rasul apatah lagi tuhan.

Pada manusia cinta bersyarat itu bukan sesuatu yang negatif. Tetapi sebagai panduan dan ukuran. Namun syarat-syarat dalam bercinta biasanya hanya dipatuhi bila belum memiliki. Sesudah memiliki syarat itu terhapus dan mula leka.

Jika syarat sang lelaki tadi ialah mahu isterinya cantik. Wanita yang ingin jadi isteri lelaki tadi berusaha terlihat cantik. Namun apabila wanita tadi udah memenuhi syarat dan memilik lelaki idaman. Kecantikkan tidak lagi di jaga. Hal lain juga serupa, dari segi ekonomi dan paling menakutkan jika ia berkaitan agama. Agama digunakan bagi memenuhi syarat cinta dan pasti perlaksanaannya juga bersyarat.

Itu wajah kita manusia. Mudah terleka dengan syarat yang di berikan oleh pasangan kita dan mudah terleka dengan syarat yang kita berikan. Kita tidak menguatkuasakan syarat itu pada pasangan kita dan pada diri kita. Sehingga satu waktu kita mulai renggang dengan cinta dan hairan. Mula bertanya mengapa? Jawabnya kita terlupa bahawa cinta kita itu bersyarat. Tidak perlu pergi jauh. Lihat aja syarat apa yang udah dilanggar. Mungkin syarat ekonomi. Syarat paras wajah. Syarat agama. Syarat sikap kasih ataupun sikap memahami.

Mungkin ramai tidak setuju jika dikatakan cintanya pada sang kekasih bersyarat. Tapi itu hakikat. baik terang ataupun kabur. Syarat itu ujud. Tidak akan dapat kita mempunyai cinta tanpa syarat jika cinta itu sesama manusia. Apa yang boleh kita lakukan hanya berdoa dan bersabar. Bersabar dalam menjaga cinta yang bersyarat itu. Aku sentiasa doakan itu untuk diriku dan untuk cintaku.

5 comments:

Elhakim said...

ya...!!!!
Syarat pada wajah... dan itulah yang sebetulnya.

wajah memamng menjadi ukuran.

tapi...

buah-buahan tempatan amat cepat busuk serta layunya.

(BUkan aku cakap tapi Azim dan Zf_zamir yang cakap)

ha.ha.ha.ha...

MDM FARAH FAIZURA said...

aku akui

memicit itu mmg sedap

picit lah apa pun.

buah-buahan
kepala yang sakit
kaki
xxx

semuanya sedap.

azeel said...

elhakim .. setahu aku aku belum pernah tulis pasal buah-buahan tempatan.
mungkin kau membaca blog aku dalam mimpi
(hurm ... begitu sekali pengaruh blog aku dlm hidup si hakim ni rupanya ...)

azeel said...

betul tu... semuanya tergantung pd wajah.. cinta cuma akan menjadi sesuatu yg dapat dikongsi bila lelaki dan perempuan sudah terpikat pd wajah yg dilihat.

ada kawanku kata, buat apa kita mengahwini seseorang jika pintu syahwat tidak terbuka.

dengan kata yg lebih sempoi. kalau dah tak stim, buat apa fikir panjang2!

Saya said...

oh...begitu rupanya kaum lelaki berfikir...hmmm....betulkah begitu?