Thursday, May 24, 2007

cinta itu pemalu

"Aku kira aku tidak akan menemukan cinta kerna aku pemalu," kata teman aku. Dia membuat kenyataan ataupun dia tidak sedar dia berkata begitu. Aku yang asyik membaca majalah motosikal terganggu. Aku mahu balas apa? Lalu aku berkata, "Jadi?"

"Aku harus berubah menjadi berani."

"Jadi?"

"Aku mesti berani menyatakan cinta aku biar apa pun akibatnya."

"Jadi?"

Lama aku menunggu tapi temanku masih tidak menjawab. AKu mengalih wajahku dari dada majalah motosikal ke arah dia yang duduk ditepiku. Dia hanya memerhati aku.

"Maaf ganggu kau membaca." Dia segera bingkas meninggalkan aku. Aduh. Bersalahnya aku. Apa aku mau bilang?. Aku harus bilang sesuatu biarpun palsu asal dia beranggapan aku ini teman yang peduli.

"Sebenarnya cinta itu memang pemalu. Tetapi itu bukan alasan," kataku perlahan. Wah, aku sudah berfalsafah. Aku senyum sendiri di hati. Habis la kau. Hehehe.

"Apa maksud mu. Aku tidak mengerti?" tanyanya. Dia kembali duduk di depan aku.

"Cinta itu fitrahnya pemalu. Kau bayangkan diri kau sedang jatuh cinta, apa rasanya. Kau mahu terus memberitahu gadis itu yang kau cintai dia?" tanyaku.

"Aku tidak akan memberitahu kerna aku pemalu."

"Di sini tiada istilah manusia pemalu. Kau pemalu kerna cinta itu sifatnya pemalu. Sesiapa pun di dunia ini akan jadi malu-malu bila awal kali jatuh cinta. Adakah kerna dia pemalu? Bukan, tetapi kerna cinta itu sifatnya pemalu lalu manusia pun turut jadi pemalu." Aku mengulas panjang.

"Tetapi bagaimana orang yang berani melafazkan cintanya?" Wah aku ditanya seolahnya penyelesaian ada pada aku.

"Hurm. Itu kau kena faham. Manusia itu berani mengatakan cintanya bukan kerna cinta itu sendiri, tetapi kerna 2 perkara. Tanggungjawab ataupun nafsu."

"Maksud mu?"

"Manusia berani menyatakan cintanya bila dia merasakan dia bertanggungjawab terhadap cintanya itu. Mungkin tanggungjawab dari segi agama ataupun dari segi kemasyarakatan. Manusia ini biasanya orang yang kukuh agamanya dan punyai pekerti yan baik. Manusia juga berani menyatakan cintanya kerana nafsu. Nafsu itu yang berani. Ini sering terjadi kepada para lelaki buaya dan playboy. Mereka berani kerana nafsu. Bukan kerana cinta."

"Hurm," dia mengeluh sambil mengaru-garu kepala.

"Jadi kau kena bezakan antara 2 perkara itu. Cinta sifatnya pemalu dan tanggungjawab ataupun nafsu itu berani. Kau takut meluahkan cinta kau kerana kau masih sangsi sama ada kau boleh melaksanakan tanggungjawab terhadap cinta. Tetapi kau juga tidak mengikut nafsumu. Jadi kau hanya mengikut rentak cinta yang pemalu. jadi kau pun pemalu untuk meluahkan cinta kau."

"Ok aku mengerti. Aku ini malu meluahkan cintaku bukan kerna aku pemalu, tetapi kerna cinta itu yang pemalu. Aku tidak berani lagi kerana aku tidak memikirkan tanggungjawab terhadap perempuan itu tetapi aku juga tidak berniat jahat. Begitu?" Tanya dia samabil jari telunjuknya mengarah kepadaku.

"Betul. Jadi sebab itu perempuan sering malu menyatakan cintanya pada lelaki. Bukan kerana sifat pemalu perempuan itu. Tetapi kerna perempuan itu merasakan dia tidak perlu bertanggungjawab pada permulaan cinta. Lelaki yang harus bertanggungjawab. Lelaki yang harus terlebih dahulu mendekati mereka. Itulah yang sebenarnya terjadi. Tetapi jika perempuan itu memikirkan tentang tanggungjawab ataupun nafsuna, mereka akan berani meluahkan cinta mereka." Aku tidak tahu teman aku itu faham ataupun tidak. Tetapi setidak-tidaknya dia faham, aku masih peduli sama dia. :-)

4 comments:

Saya said...

(berkata pada diri sendiri) Hmm...kali ini aku tidak blur lagi. Kini aku faham kenapa perempuan malu dan lelaki tidak malu apabila bercinta. Aku ingin lelaki yang tidak malu kerana tanggungjawab, bukan lelaki yang tidak malu kerana nafsu, nauzubillah... Terima kasih kerana memahamkan saya makna cinta.

"Betul. Jadi sebab itu perempuan sering malu menyatakan cintanya pada lelaki. Bukan kerana sifat pemalu perempuan itu. Tetapi kerna perempuan itu merasakan dia tidak perlu bertanggungjawab pada permulaan cinta. Lelaki yang harus bertanggungjawab. Lelaki yang harus terlebih dahulu mendekati mereka. Itulah yang sebenarnya terjadi. Tetapi jika perempuan itu memikirkan tentang tanggungjawab ataupun nafsuna, mereka akan berani meluahkan cinta mereka."

-Saya suka ayat ini. Lelaki yang tidak yakin pada cinta dan tanggungjawab akan malu untuk terus membawa cinta itu ke arah Allah.

azeel said...

pada mulanya memang malu untuk mengatakan perasaan kamu kepada seseorang.

tetapi yang mengusarkan aku adalah bila sudah mengucapkan rasa cinta itu .... AKU BARU SEDAR YANG AKU TELAH MEMALUKAN DIRIKU SENDIRI!

Anonymous said...

bermonolog: Mengapa aku tak pernah terfikir begitu? Rupanya cinta yang pemalu membuatkan aku jadi pemalu. Aku bebas meluahkan apa saja perasaan kepada orang lain, kecuali cinta... Oh, itu sebabnya! Di mana saudara dingin belajar nih?

Anonymous said...

dingin

aku tak mampu mengangkat kepala dn melihat matanya

malu benar rasa nya bila rasa cinta hadir tiba2

aku tiada kekuatan membalas pandnganya

aku malu dn mengharp dia memulakannya

tapi bila...

doa saja mampu ku lakukan

thnx dingin...