Sunday, September 03, 2006

monolog

Ketika aku sendiri, aku gemar untuk memikir, apa yang aku perbuat saat aku keluar dari bilik aku ini. Aku mahu memikir apa aku ini berguna untuk agama aku. Apa aku akan tersenyum dengan manusia atau, aku akan memperoleh pahala dari setiap langkah yang aku cipta.

Untuk kebanyakkan waktu, ketika aku melangkah, udah terniat hitam dalam hati aku. Aku rasa, untuk itu aku belum peroleh dosa, hingga aku perbuat niat aku itu. Sedangkan, jika aku berniat putih pasti untuk setiap langkah aku itu bisa peroleh pahala. Lagi mudah rasanya. Tapi untuk perkara semudah itu pun aku masih ngak bisa. Pasti hati aku udah jauh rusak. Harus segera dibaiki, sebelum aku dijemput bertemu dengan pencipta aku dengan tangan kanan yang kosong. Aduh.

No comments: