Saturday, June 17, 2006

ketika waktu aku ingin mengecewakan

Aku agak resah. Bukan kerana tiada orang yang tersenyum kepada aku atau tiada wang untuk rehat-rehat melihat wayang.Aku resah bila aku fikirkan bahawa aku selalu tidak pasti dengan perasaan aku.Sama ada aku gembira, suka, cinta, benci atau segalanya.Aku punya masalah menetukan perasaan aku.

Mungkin kerna aku terlalu memikirkan perasaan orang di sekitar aku, sehingga aku rasa wajib untuk menyediakan perasaan yang mereka inginkan.Hakikatnya aku tidak punya perasaan seperti mereka.Lantas, aku boleh saja senyum pada bila-bila masa, biar waktu itu aku baru dimarah.Boleh aja aku menangis biar pada ketika itu aku baru sahaja di puji.Aku berfikira itu yang terbaik.

Dan untuk waktu itu , memang itulah yang terbaik.Aku lupa menegani masa hadapan yang lebih penting lagi lama.Bila sahaja aku sudah tidak mampu mennagung perasaan ketidapastian aku itu, akan terserlah perasaan sebenar aku.

Waktu itu baru aku akanmmeberitahu perasaan aku.Jadi bagaimana perasaan orang yang berharap aku jujur dengan perasaan yang aku tunjukkan sebelum itu. Pasti aku MENGECEWAKAN mereka. Itu cukup pasti, tiada lagi ketidakpastian.Aku cukup mudah untuk MENGECEWAKAN akhirnya.Sehingga kini aku mulai sadar dan aku berpesan kepada diri aku supyaJANGAN MEMBERI HARAPAN SEHINGGA AKU CUKUP PASTI DENGAN PERASAAN AKU.Untuk itu...berlaku dingin pasti banyak membantu..juga amat membantu ketika aku berada dalamkegelapan..

2 comments:

  1. Jika kamu memancing ikan....
    setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....
    janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
    air begitu sahaja....
    kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.

    Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
    setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga
    hatinya....
    janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu
    sahaja....
    kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan
    mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia
    mengingatimu....

    Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu....
    Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu
    menampalnya semula....
    akhirnya ia dibuang....
    sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....

    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah
    seadanya....
    Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....
    anggaplah dia manusia biasa.
    Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah
    bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa
    meninggalkannya.
    Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan
    kamu akan berterusan hingga ke akhirnya....

    Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu
    pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.
    Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang
    lain..
    Terlalu ingin mengejar kelazatan.
    Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh
    memakannya.
    Kamu akan menyesal.

    Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
    insan.....
    yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu.
    Menyayangimu. Mengasihimu.
    Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan
    yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan.
    Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi
    milik orang lain

    ReplyDelete
  2. pendek saja dari aku.. seingat aku ini petikan yg aku baca dari sebuah blog. http://hatikubicara.blogspot.com

    memberi harapan itu bukan mudah. ianya seolah-olah memberi kehidupan kepada orang yg telah kita berikan peluang itu. dan jika kita tidak dapat menunaikannya, pasti akan buat kehidupan orang itu terjejas.

    oleh itu, jangan beri sebarang pengharapan jika kau tidak pasti kau mampu menunaikannya

    -ris-

    ReplyDelete